1. Aspirin – akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.
2. Alkohol – meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.
3. Litium – ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.
4. Vitamin A – jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.
5. Tetrasaiklin – sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.
6. Ubat penahan sakit – boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.
7. Rokok – ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.
8. Hentikan kegiakan lasak – seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.
9. Minuman tertentu – kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.
10. Makanan – makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.
*********************************************
salam
kali ni aku kembali mengakukan diri...
bulan ke dua ni aku rasakan seksaan yang aku tanggung bertambah perit... dan aku redha... ini dinamakan pembawakan....... namun tiada siapa mengerti ape yg aku rasekan...
boleh dikatakan aku sudah tidak ambik port keadaan yang terjadi kat opis... ini disebabkan sebelum ini aku mengalami masalah dan apabila berjumpa doktor, doktor nasihatkan supaya jangan terlalu memikirkan hal kerja, banyakkan berehat.. dan bla bla.... dan aku ikut ckp doktor... kerana aku sayangkan kandungan aku yang aku tunggu2 selama setahun empat bulan...wajarkah aku mengorbankan kandungan aku semata2 kerana ingin menjaga hati seorang bos yang langsung tidak memikirkan keadaan aku skarang??? aku pregnant kau tau takkkkkkkkkk......... bile aku el, mc dikatanya aku bnyk main... kenape sebenarnya ngan dia tu?? what the hell is going on with u??? sebelum ini pernah aku suarakan supaya carikan seorang assistant untuk aku supaya senang dikemudian hari... benda ni aku suarakan beberapa bulan selepas aku berkahwin... kerana aku pikirkan masa depan.. jawapan dia sungguh mudah.. " saya sedang usahakan" apekah susah sangat nak mencari seorang asisstant untuk aku.... itu bukan untuk apa untuk kemudahan dia jugak... supaya dia tak berleter lagi dengan makcik2 di opis mengatakan aku ni byk main... apekah profesional seorang bos itu apabila mengata anak buah sendiri??? dan apabila berdepan dengan aku, kecut sekecut kecutnya............. dan skrg lihatlah ape yg terjadi.disuruhnya budak2 baru tuk duk kat tmpt aku dengan harapan budak tu akan cover aku... tp kesudahannya bila aku smpi ke ofis meja aku dilambakkan dengan dokumen2 yang akhirnya aku sendiri yang kene settlekan........... dan jawapan "saya sedang usahakan" tu hanya tinggal sejarah je la....
aku da penat sebenarnya... penat dengan kerenah dia...
hari isnin lalu sesampainye aku kat opis... seorang sahabat datang berjumpa dan memberi nasihat... aku terima nasihat kau itu...... kau katakan yang aku perlu tunjukkan muka aku di opis.. kalau aku sakit disuruhnye aku tidur di surau... semalam memg aku berbuat sedemikian.. aku tidur di surau.. tetapi tidak dapat melelapkan mata sangat kerana terlalu byk umpatan2 yang masuk ke surau... lepas seorang keluar seorang lagi datang mengumpat.. dan paling best org yg di umpat itu adalah kawan mereka sendiri.... aku teringat kata2 seorang akak di opis " hamil2 ni jangan campur dengan org2 yang mengumpat"... tetapi bagaimana pula apabila terdengar umpatan itu dengan tidak sengaja???
semasa pregnant ni memang aku jadik semakin emosional.. suka marah2... dan aku mmg tak sabar2 nak marah bos aku kalau2 dia tengking atau carik pasal ngan aku...
sekian...
doakan yang terbaik tuk kandungan aku.... aminnnnnn....
-end-
5 comments:
Puan bawak banyak bersabar yea.. dugaan tuhan sentiasa datang, sebab dia nak menguji kita sejauh mana ketaatan kita sebagai hamba kepada dia.. tapi percaya disebalik setiap dugaan tu ader hikmah yang menanti.. semoga tabah menghadapi segala ujian dari NYA.. kuatkn semangat kawan.. cayok cayok
takper la..terpulang la awak nak wat ape skarang kay.. kita cuma nak bantu ajer..
dzu..
tq.. insyallah try jadik tabah walaupun tak kuat... tp tak paham sebenarnya... takpe la.. simpan dalam hati... tq again..
wanita...
oit.. terasa ke ni??? lain mcm je ayat nye tu... kt mcm tak besh je duk kat surau bile dgr memcm.. then rase mcm menyusahkan je duk kat surau tu.. org nak solat skali kt menyibuk baring kat situ... kt nak duk kat typing pool tp ade akak kata tak manis... entah la... masalahnye kenapa akuuuu.... kenape?????
Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
Post a Comment