AKU DAN DIA...
me says
Friday, August 12, 2011
BELUM NAMPAK LAGI....
Wednesday, July 20, 2011
NUKILAN KHAS BUAT ANAKANDAKU NU'MAN BAHAGIAN 2
seperti yang mama janji2kan di posting sebelum ini...sekrang mama ingin cerita kan pula segala kenangan manis dan pahit mama dalam membesarkan awk di dalam kandungan mama... awk yang selama 9 bulan mama bawa ke mana2 saja mama pergi... yang mama kendongkan ke merata tempat... ke ipoh, ke pontian, ke kuala lumpur, ke melaka, ke negeri sembilan, kesemerata negeri mama bawak awak... walaupun penat mama rela sayang,,, sungguh payah mama menunggu rezeki yang ALLAH berikan untuk mama oleh itu mama sangat2 menghargai awak... hargai sangat2 anugerah ALLAH yang tidak terhingga...
setiap kali apabila sebelum mama tidur,, akan mama usap2kan perut mama untuk beritahu awak betapa mama sayangkan awak.. mama akan dodoikan awak dengar zikir2 memuji ALLAH, mama ajak awk bersembang dengan mama, mama perdengarkan awak dengan lagu2 search (permintaan papa).. kata papa bile NU'MAN dah besar nanti NU'MAN akan jadik seorang pemain gitar yang peminat nombor satunya sudah tentu mama.. seperti mane mama memuja papa bila mana papa selalu mainkan gitar untuk kita berdua...
di bulan pertama mama kandungkan awak, ALHAMDULILLAH... langsung mama tidak mengalami ape2 alahan... itu sebab lah mama masih lagi menaiki thread mill, masih lagi mahu pergi ke genting highlands dengan sahabat2 mama... masih lagi mahu bergurau2 kasar dengan papa... itu pun sebab mama tidak tahu awak telah pun berada dalam diri mama.... tetapi mama pelik jugak kerana tiba2 mama rase cepat letih dan penat... rupa2nya sebab awk sayang... lepas mengetahui mama mengandung, papa semangat terus mengajak mama ke jusco.. papa mahu carikan mama susu.. katanya susu yang paling mahal dan terbaik untuk mama minum supaya awak membesar dengan baik dan sihat..... mama makan makanan berkhasiat, mama banyakkan minum air suam, banyakkan makan sayur2an.. banyakkan makan buah2an... NU'MAN nak tau ape makanan kegemaran mama masa mengandungkan awak? dekat icebox rumah kita tak penah putus bekalan cherry tomato... mama akan mengadap cherry tomato tak kira pagi, ptg, malam.. sebab itu lah mungkin muka awk bulat dan kulit putih merah sama mcm cherry tomato yg comel tu...
beranjak ke bulan kedua... mama mengalami pening2 yang membuatkan mama tidak dapat bangun dari tidur... dibulan kedua juga mama mengalami pendarahan yang sdikit... terus menerus mama ke klinik krana mama ingat pesan doktor..
doktor: awak, kalau ade ape2 pendarahan tak kira la skit mcmane pun cepat2 datang klinik ok?
sampi klinik rupa2nya doktor katakan yang mama terlalu stress dengan kerja dan oleh kerana perjalanan yang jauh ke pejabat... 120km jauhnye perjalanan dari kota warisan, sepang ke kuala lumpur... dari situ mama jadik takut dan ALHAMDULILLAH awk masih baik dlm kandungan mama...
bulan ketiga.. kita dimanjakan papa dengan makanan yg mahal... kata nya sekali sekala... untuk kebaikan mama juga katanya... nak mama dapat khasiat yang sebaiknya... boleh terima ke alasan papa tu?
bulan ketiga, mama masih pening... belambak lagi mc mama... selalu mc sampaikan bos mama marah2 dan masa itu jugak la mama jadik emosi terus jumpe bos mama face to face dgn dia tanya ape kah yg dia tak puas hati dengn mama... sebab bukan ape mama hanya nak dia paham ape masalah mama sebab dia sendiri pun ade anak...di sini mama selitkan cerita pasal emosi mama ni... sila klik di sini...mama tak kisah semua itu sayang even mama dibuang kerja..kerana ape yang penting awk sihat dalam penjagaan yang baik... biarlah mama tanggung segala kesakitan, keletihan, kejerihan, mama rela sayang...
bulan ke empat... juga sila klik lagi di sini... masa bulan 4 ni lah macam2 peristiwa pahit berlaku... mungkin itu juga la yang membuatkan awk senang dijaga.. NU'MAN, mama senang sekali menjaga awak... memang awak tak banyak ragam setelah awak dilahirkan... nanti akan mama cerita kan pula saat2 NU'MAN dilahirkan di lembaran akan datang...

ketika ini lah, awk baru saja membuat tendangan untuk pertama kalinya.. mama masih ingt tarikh itu 22 mei 2010.. ketika ini kita di pontian... keajaiban ALLAH yang sungguh beerti buat mama.. SUBHANALLAH....
bulan ke lima, ke enam, ke tujuh.... di bulan2 trimester ke dua dan ketiga ini.,,, mama makin kuat makan... jika sebelum ini mama takkan sentuh air ais yang manis,,, tiba2 mama teringin... jika minum sedikit sekadar untuk merasa tak mengapa NU'MAN,,,, tetapi mama tidak.... mama makan dan minum semahu2nya... mama fikirkan awak akan ok.. dan mama akan ok... maksud mama... mama dan awk mesti mahu mkn lebih untuk sama2 sihat... tp mama silap sayang... maafkan mama... apabila NU'MAN sudah mahu menjangkau ke 7 bulan... seperti biasa mama pergi ke klinik untuk check up... mama perlu menimbang berat dan scan untuk lihat pekembangan awak.... mama terkejut bila doktor cakap..
doktor: eh, awk ni berat dah naik mendadak ni... ni bahaya ni.. kandungan mungkin dalam bahaya ni.. boleh kene diabetes ni.. better refer ke hospital ni... sy buatkan surat refer ke hospital ye..
mama perlu direfer ke hospital.. jadi mama pilih hospital putrajaya memandangkan itu lah satu2nya hospital yg bedekatan dengan rumah kita... di waktu itu mama jadik takut sangat2... sampi di hospital mama disuruh minum air glukos yg amat manis.. mama dicucuk di lengan untuk diambil darah.... memang sakit NU'MAN.. tapi takpe mama rela.... cucuk la banyak mana pun.. yang penting awk ok syang...
sehingga la ke hari kedua mama ke hospital,,,doktor katakan sesuatu yg buat mama jadik makin takut... yg buat mama jadik mahu menangis meraung...
doktor: "awk tau tak... ni dah smpi 10 ni level gula awk ni... awk makan ape ni smpi tinggi smpi mcm ni... awk ni kene jaga mkn ni... sebabnye diebetes tu boleh kene kat baby awk tau tak? kalau awk taknak kandungan awk mati baik awk jaga mkn..kalau awk sayangkan baby awk la...lagi satu awk nak jaga diet awk ataupun nak kene tahan wad berhari2? sy bg tarikh baru untuk awk dtg balik sini.. then jg dulu diet awk.. kalau masih lagi bacaan kandungan gula tinggi mmg kene masuk wad la ni.. tinggi ni "
9 bulan... kita berhari raya di ipoh.. dengan hrapan mama akan lahirkan awk di ipoh.. tapi jangkaan mama silap... di raya yg ke 3 kita balik pula ke pontian.. papa pula jangkakan awk baby pontian.. papa jugak silap....
-end-
Tuesday, July 19, 2011
NUKILAN KHAS BUAT ANAKANDAKU NU'MAN BAHAGIAN 1
ketika ni NU'MAN berusia 7 bulan.... masa 7 bulan ni la NU'MAN makin aktif menendang mama...mama tahankan saja.. bila NU'MAN menendang makna nya mama makin rasa NU'MAN makin dekat dengan mama...lihatlah muka mama tu.. tak sanggup rasenye nak melihat muka sendiri.. sangat tembam...
salam..
mama cuba jugak jadik org yang positif... baru 1 tahun berkawin mungkin ALLAH nak bagi kemudahan terlebih dahulu... untuk mama dan papa kumpulkan duit untuk kelahiran NU'MAN nanti... ada yang kahwin lebih dari sepuluh tahun yang masih tiada anak... aku baru setahun kawin.... itu ayat yang mama cuba sematkan dalam hati mama..
nu'man sayang... nanti mama sambung lagi dengan menceritakan pula segala pahit manis mama menjaga NU'MAN ketika NU'MAN masih sebati dlm perut mama...
Thursday, July 14, 2011
LELAKIKU...
cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumah tangga aman damai,
tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumah tangga.
cinta hanya sebuah keindahan perasaan
cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumah tangga
***********************************

I just swear
That I'll aways be there
I give anything
And everything
And I will always care
Through weakness and strength
Happiness and sorrow
For better, for worse
I will love you
With every beat of my heart
From this moment life has begun
From this moment you are the one
Right beside you is where I belong
From this moment on
From this moment, I have been blessed
I live only, for your happiness
And for your love, I give my last breath
From this moment on
I give my hand to you with all my heart
I can't wait to live my life with you I can't wait to start
You and I will never be apart
My dreams came true because of you
From this moment, as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing, I wouldn't give
From this moment on
You're the reason I believe in love
And you're the answer to my prayers from up above
All we need is just the two of us
My dreams came true because of you
From this moment, as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing, I wouldn't give
From this moment, I will love you
As long as I live from this moment on
-from this moment-
- shania twain -
-end-
Monday, July 4, 2011
HAPPY BIRTHDAY PAPA...

PENGERAT....

ketika berumur 4 hari (syukur pada Mu Ya Allah ketika inilah susu ku banyak dan dapat mengenyangkan nu'man)

1 bulan (ketika di rumah opah mama tengah berpantang.. ramai yg tak suka pantang.. but i really enjoy my pantang time... ;))

2 bulan (baru balik dari kenduri kawin, nu'man buat penampilan buat kali pertama di keluarga belah papa dia, time ni ramai yg kidnap nu'man tp nu'man sgt baik tak byk ragam.. thanks to u Allah)

3 bulan (dah start suke posing2 depan camera)

4 bulan (anak yg baik dan tak byk ragam)

5 bulan (cutie boy)

6 bulan (telah dipekenalkan dengan makanan pejal yg dimasak sendiri dan nu'man memang suke makan.. mmm macam papa dia ;))

8 bulan (kepala botak like papa like nu'man)

9 bulan... (dah pandai tekan2 tv dan suke senyum penuh nak tunjukkan gigi yg sebtang tu)

9 bulan (eksyen nak pegang sebelah tangan)
subnallah.. sangat2 bersyukur dengan kurniaan ALLAH yang tak terhingga ini.. THANK YOU ALLAH......
-end-
Wednesday, January 5, 2011
Thursday, May 20, 2010
Ujian Perinatal
Ujian Ultra-Bunyi
Bagaimana: Gelombang bunyi terpantul dari tisu yang akan dibaca oleh mesin dan memaparkannya pada screen TV.
Bagaimana ia dibuat: Ibu akan mengira berapa lama masa yang diambil untuk bayi membuat 10 pergerakkan. Walaupun ia boleh dilakukan pada bila bila masa terutama disebelah malam kerana bayi lebih aktif pada malam hari.
Ujian Non-Stress
Bila dibuat: Selepas 28 minggu
Kenapa dibuat: Untuk mengukur gerak jantung bayi terhadap pergerakkannya sendiri. Degupan jantung yang tinggi semasa bayi bergerak menunjukan tanda yang baik
Bagaimana ia dibuat: Tali pinggang akan diletakkan pada perut ibu semasa berbaring. Ibu akan memetik butang setiap kali bayi bergerak.
Profil Biophysical Bayi
Bila dibuat: Pada akhir kandungan
Kenapa dibuat : Untuk memeriksa kadar jantung bayi, gerak bayi, pernafasan bayi dan jumlah air ketuban dalam dalam rahim. Sekiranya terdapat sebarang masalah, ibu mungkin akan dinasihatkan bersalin awal dari tarikh jangka.
Bagaimana ia dibuat: Melalui ujian ultrasound
Bila dibuat : akan dibuat pada 28 minggu keatas
Kenapa dibuat: Untuk pastikan tidak terdapat gula yang berlebihan dalam darah. Pendedahan yang berpanjangan pada glukos yang tinggi boleh menyebabkan bayi membesar secara berlebihan dan dan juga boleh menyebabkan bayi kekurangan glukos secara mendadak semasa lahir
Bagaimana ia dibuat: Ibu akan meminum air gula dan ujian darah akan diambil untuk mengukur tahap sugar.
Maternal Serum Alpha-Fetoprotein
Bila dibuat : 15-22Kenapa dibuat : AFP tinggi pada bayi yang mempunyai otak dan saraf tunjang. Tahap mungkin rendah pada bayi yang mempunyai sindrom down
Bagaimana ia dibuat: Ujian darah ibu akan diambil dan dihantar kemakmal. keputusan mungkin boleh diketahui dalam 1-2 minggu.
Amneocentesis
Kenapa dibuat: Selalunya dibuat untuk mendapat maklumat tentang kromosom bayi. Sekiranya tahap AFP ibu tinggi tanpa sebarang sebab, ujian ini boleh menetukan samada terdapat ketidaknormalan janin.
Bagaimana ia dibuat: Satu jarum akan disuntik kedalam rahim supaya sedikit air ketuban dapat diambil untuk diperiksa. Risiko untuk kegugguran selepas prosedur ~2%
Chorionic Vilous Sampling
Ujian ini merupakan alternatif kepada amniocentesis
Tuesday, March 23, 2010
KAMBING BERGELIMPANGAN DAN LEMBU MENJADI KORBAN
Tuesday, March 9, 2010
LIST MAKANAN YANG MENJADI IDAMAN DI BULAN KE TIGA
di bulan yang ketiga ni.. ni lah makanan yang aku idam - idamkan... selamat menjamu mata...
lamb chop.... (tapi nak yang kat tony roma's je, dah siap ayatkan suami dah...)




Friday, March 5, 2010
ALAHAN SEMASA MENGANDUNG
Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.
Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.
Cara mengatasi alahan
Makanan
-Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
-Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
-Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
-Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
-Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
-Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
-Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
-Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
-Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
-Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
-Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
-Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
-Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
-Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
-Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
-Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
-Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
-Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
-Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
-Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
-Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
-Berat badan anda menurun dengan banyak.
-Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
-Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
-Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.
-END-
taken from here
Thursday, March 4, 2010
PUAS BIAR PUN SEKEJAP...
memang dah lame sangat aku pendam perasaan aku..aku tak suka bila dia mengata aku belakang2... oleh kerana tidak tertahan dan sehingga semalam sudah masuk 3 org datang bertanyakan masalah aku maka aku ambil keputusan untuk tidak membiarkan lagi kekusutan datang melanda diri aku sendiri smpi aku sendiri tertanya2 di mana kah silapnya....
jadi sesi bersua muka terjadi tepat jam 10.45 am selepas dia berjumpa dengan geng2 penari yang bakal berjoget di shanghai... aku masuk...
aku: bos, saya pun nak jumpe bos jugak...
dia: nak jumpe saya... ala petang2 kang la...
aku: petang... nanti petang bos ade ke?? takut2 kalo bos nak naik atas jumpe aji ke.. tak pun slalunye after opis hour kan ke ramai yg masuk jumpe bos...
dia: mmm awk nak jumpe sy kenape??
aku: sy nak jumpe sbb nak meluahkan perasaan sy... pasal sy...
dia: (terdiam)
aku: boleh tak bos??
dia: boleh..
dengan menarik nafas.. aku memulakan percakapan...
aku: sy pregnant dua bulan... bos tau kan??
dia: tahu....
aku: sy nak bos paham ape masalah yg sy hadapi skrg.... sy bukannye main2... skrg ni yg sy selalu el slalu mc.. bos ckp sy main2... bukan sy main2 bos... sy ade zuriat yg sy bawak bos.. ade nyawa.... sy tggu da 1 tahun 4 bulan.. ye sy tau ramai lagi yg tggu lagi lame... tp bile sy dpt sy nak jaga bebetul bos.. sy taknak kecewa...
dia: sy tahu cee (bukan nama sebenar)
aku: masalahnye skrg... sy ade dgr2 yg bos tak puas hati pasal sy... and the best part is bos bercerita dengan org lain tanpa face to face dengan sy dulu... kenapa jadi mcm tu?? sy rase tak best mcm tu bos.. bos tak puas hati ade yg rase tak kene bos discuss dengan sy.. kt slow talk.. bukannya sy tak boleh terima.. tp bile bos da cerita pasal sy dekat org lain mcm seolah2 sy ni mmg bebtul teruk, buruk dan menyusahkan....
dia: sy faham cee (bukan nama sebenar)... sy faham sangat2 keadaan awk.. tp awak tau kan sy ni mmg suka membebel... kekdg tu sy ni suke perli2... tp sy tak marah kan awk.. sy marahkan keadaan sekeliling... sy marahkan org2 sekeliling awk.. yg buat2 tak kisah je dengan admin ni.. lagi2 time awk takde... kalo pintu bilik tu tak terbuka... takde langsung dorang nak tanye.. tak pun tolong bukakkan... itu yg sy marah2 slalu... dorang seolah2 buat tak kisah dengan bilik pa ngan pengarah... mcm ari tu pintu bilik sy tertutup dengan gelap.. takde sape kisah... itu yg buat sy marah bile sy tgk kat tray sy tak berangkat dokumen semua... itu buat sy marah... kalo dorang mmg ade keje sy tak kisah sgt... tp masalahnye besembang.. duk makan2 tengah tu... mmg tak amik tau langsung ape yg belaku keliling dorang...
aku: sy tahu tu sume bos... tp kenapa bile bos marahkan dorang nama sy disebut.. dan dorang pun akan pikir yg mmg sy ni terlalu teruk... sgt jahat... mmg menyusahkan.. smpi ade sorang akak ckp bile sy takde dia lah yg jadik pa.. dia la yg bos carik.. bunyiknye mmg sgt2 menyusahkan dia....
dia: sy mmg tak marah awk cee (bukan nama sebenar)... tp admin skrg ni mmg begitu selfish... tak boleh diharap.. takde semangat kerjasama...takde rase tolong menolong... itu yg sy panggil unit korporat smlm... tuk bincang... sebab ade sorang semalam el... boleh kawan2 dia yg lain buat2 tak tao... takde rase nak tgk2 kan tray dia kalo2 ade yg penting.... sy bercakap semalam cee (bukan nama sebenar)... tp tu lah tak tao la kalau ape yg sy cakap tu masuk kat dorang...
aku: sy bukan ape bos... skrg ni sy just nak bos paham keadaan sy je... sy ade tanye kengkawan paling lama pun keadaan morning sickness sy ni mungkin dlm sebulan lebih lagi... so tolonglah paham bos.... kalo boleh sy taknak hubungan antara pa ngan pengarah mcm kita ni seolah2 dlm keadaan yang saling suspicious... sy nak kita saling berkerja sama.. takmo ade rasa was2.. sebab ari2 kt jumpe.. sy nmpk bos bos pun nampk sy.. tp bile keadaan nye da jadik mcm ni.. sy mmg rase sgt tak best bos... mintak tlg sgt bos paham sy..
dia: sy tahu cee ( bukan nama sebenar)... sy pun ade wife ade anak enam org lagi...
aku: kalo macm tu bos mesti paham kan?? badan org ni lain2 bos... ditakdirkan sy kene morning sickness yg boleh dikatakan teruk... itu sume kuasa ALLAH... sy tak dapat nak tepis... sy tak main2 bos.. sy ade nyawa yg sy bawak bos... kalo sy mc el.. sy harap bos paham.. sy mmg tak main2...
dia: sy tahu tu... tp kalo awk mmg tak larat rasenye tak perlu datang.. kesian awk...
aku: sy kalo ikutkan hati mmg takmo dtg.. itu pun kalo sy ikut kan perasaan sy.. tp sy masih ade rase kasihan... and bila sy dtg pun sy tgk tray sy bersepah2 dengan ade dokumen yg tak berhantar.. sume2 la.. maknenya keadaannye sama bile sy ade ataupun tiada... sy just nak mintak bos kalo ade ape2 tak puas hati tolonglah ckp ngan sy sendiri tanpa libatkan org lain.. sebab tu sume melibatkan maruah sy..bile bos da ceritakan pasal hal sy.. org akan rasekan yg sy ni mmg pa yg teruk....dulu pun... sy penah ckp ngan bos.. beberapa bulan lepas sy kahwin... and time meeting pa sendiri pun sy ade mention carikan sy asisstant... sebab mcm ni la bos... sy pikirkan masa depan... mcm dulu pun nasib bik ade kak leha tolong cover sy.. sekurang2nya dia tahu kerja dia.. tp sy penat bos bile sy disuruh ajar budak baru tuk buat sistem surat la itu la ini la.. sume kene suap... tak proaktif.... takkan sy just nak ajar dia sistem surat tanpa dia tahu hal2 melibatkan bidang pa... tp yg sy nmpk dia kene disuapkan dulu... kalo tak mmg takde inisiatif .. sori to say...
dia: takpe cee (bukan nama sebenar)... ape pun sy mmg tak marahkan awk.. sy paham keadaan awk... sy mmg nak kita ni saling percaya mempercayai... sy hanya rase geram dengan keadaan admin sekarang...
aku: bos,, dulu kalo sy cuti ke atau mc.. keadaan tak timbul... tp kenape skrg.... mcm jadik kes besar pulak... sy malu la bos.... dan sy cukup2 tak suke dengan keadaan bermuka2 kat admin ni... dan sy ni bukan jenis pengipas bos.. sy tak reti nak kipas2 bos... sy diamanahkan untuk jaga bos n itulah tugas sy.. kalo bab kipas2 ni sy mmg takde skill...
dia: tu la.. yg sy suruh awk beli2 mkn.. basuhkan botol air sy ni.. sy tau ade yg tak suke... ade yg bercakap... ade yg tak puas ati... byk yg kipas...
aku: biaselah tu bos... this is admin...
tiba2 telefon bebunyik daaaaaaa... and puan sekretariat untuk briefing bahagian dtg... tuk panggil bos,, ade briefing...
aku: takpe la bos ... bos pun ade briefing.,... sy nak angkat telefon... nnt bile2 masa kt sambung kalo ade peluang...
dia: ok.. apepun sy tak marahkan awk.. dan sy sgt2 paham keadaan awk skrg...
aku: ok bos...
aku puas... walaupun terganggu kerana ade briefing bahagian...
dan setengah jam kemudian aku ke briefing tersebut dan puan sekretariat sedang berucap dan antara ucapan2 beliau yg aku rasekan betul ialah...
apabila ade kakitangan atau staf kt yg problem.. kt transferkan dia ke bahagian lain.. sy mmg tak bersetuju dengan keadaan ni sebab ... apabila kita menukarkan staf tersebut ke bahagian lain tak semestinya keadaan akan jadi bertambah baik...
betul tu... tapi aku tak kisah kalau kau nak tukarkan aku ke bahagian research tu pun... aku setuju aje...
sekian
-end-
Thursday, February 25, 2010
panduan pemakanan ibu mengandung...
Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung?
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
Berat bayi : 2.5 – 3 kg
Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.
Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.
Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.
Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.
-end-
Wednesday, February 24, 2010
emosi ibu mengandung.....
kali ni aku kembali mengakukan diri...
Tuesday, February 9, 2010
MOHON DIPERMUDAHKAN......
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."
*********************************************
salam...
tahun 2010 bermula dengan kisah - kisah yang manis...
dan alhamdulillah masih belum lagi bertemu dengan duka..
mungkin berkat kesabaran dengan pelbagai cabaran semasa di tahun 2009....
cabaran yang begitu berat tetapi alhamdulillah jika telah melangkah ke tahun 2010 dan kamu masih lagi dapat membaca segala lembaran saya di blog ini maka cabaran di tahun 2009 telahpun berjaya saya tempuhi dan saya masih lagi dipanjangkan nyawa oleh ALLAH swt untuk berupaya menulis dan mempraktikkan segala kegiatan harian bersama suami tercinta......
apepun sy mohon kamu semua doakan yang terbaik untuk saya pada tahun ini kerana saya bakal bergelar seorang ibu... moga - moga segalanya dipermudahkan dan agar dapat saya menghadapi tempoh2 selama 9 bulan ini dengan selamat.... aminnnn...
maafkan saya kerana masih lagi berkias2 kerana saya merasakan masih terlalu awal untuk diceritakan di sini...
apepun pasti akan saya kabarkan pada kamu semua nanti... bila saya sudah benar - benar besedia...
sekian terima kasih...
-end-
Thursday, December 10, 2009
CUTIE KEISHA AMELIA MUHAMMAD RAZI
BABY'S NAME: KEISHA AMELIA BINTI MUHAMMAD RAZI
BABY'S WEIGHT: 3.17
D.O.B: 18 NOVEMBER 2009
P.O.B: AMPANG PUTERI SPECIALIST CENTRE
-END-
CERITA PERTEDUHAN PART III
guest room.. agak kecik.. tp boleh laaaaa...
pemandangan yang indah dan sejuk mate memandang
keadaan master room... ok... alhamdulillah

wet kitchen.... agak kecik... marilah same2 berlaga bontot...

sekali lagi model dan nyawanya di hall...

sedikit santapan penyenang jiwa dan raga
curtain mak mentua di hall...
itulah sedikit sebanyak gambar mengenai rumah baru sy.. biarpun 2x ganda berbeza dengan rumah di alam damai sy gumbira dan bersyukur mendapat perteduhan yang cute dan mmg tak sabar untuk berhijrah... yang penting ianya lebih murah berbanding rumah alam damai... dan kami dapat berjimat (dalam fikiran: ok boleh la sy beli kasut baru ;p)....
-end-
Tuesday, December 8, 2009
CERITA PERTEDUHAN PART II
pada malam hari jumaat minggu lepas... berpakat dengan suami....
saya: abg.. esok janji tau kt gerak awal pagi skit... nak cuci2 rumah
baru.. nak sapu2 lagi...byk keje nak buat..
suami: ok.. dlm kul 8 lepas breakfast kt gerak... breakfast luar la ye...
saya: ok
esoknye.... krohhh krohhhh krohhhhhhh...
-end-

















