************************************************
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya),
dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;
(dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu;
dan (ingatlah),
kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
(Surah Luqman: ayat 14)
************************************************
gambar beserta hadis dipetik dari sini.. terima kasih banyak2...
salam..
pagi tadi besembang dengan suami pasal susu formula.. untuk makluman semua dlm tempoh lagi 3 bulan lagi sy akan berjaya menyusukan anak sy selama 2 tahun.. dan telah amik keputusan untuk memberhentikan nu'man dari terus menyusu badan. jadi pagi tadi bedebat la pasal formula milk.. konon lepas cukup 2 tahun kami akan suapkan anak kami dengan susu formula.. jadik bincanglah kebaikan2 susu formula.. untuk makluman semua sy mmg tidak amik kisah langsung psal susu formula .. sebab anak sy sepenuhnye berjaya disusukan dengan susu saya.. jadik jika pergi ke mana2 supermarket kaki takkan jejak di rak2 yg penuh ngan susu formula.. tidak penah langsung.. harga susu pun tak penah sy amik tahu... jenis2 susu pun tidak la sy arif ... dan bile pagi tadi besembang pasal susu formula masing2 garu kepala.. sebab tiada pengetahuan langsung..
jadi perbincangan diakhiri dengan masing2 sudah berstuju untuk berikan anak kami susu formula.. tp masih lagi curious dan masing2 berjanji akan surf internet mengenai susu formula.. dan akhirnya bila smpi ofis pencarian di internet berterusan sehinggalahhh......................... terjumpe website ini..
saya copykan sikit antara patah2 ayat dari website ini yang terkesan di hati sya..
"Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.
Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.
Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!"
-end-
Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.
Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!"
terima kasih banyak2.. hampir sahaja sy tersilap langkah.. buat para ibu2 yang ada dan sudi baca blog sy ini yang memang merupakan ibu yang memberikan anak susu formula bukan la niat sy untuk memperkecilkan kamu semua mengenai susu formula.. tidak sama sekali.. tepuk dada tanya selera.. bergantung pada niat masing2.. sebab mungkin sy telah ditanamkan dalam diri untuk sentiasa mempercayai susu dari badan sendiri.. dan telah dimaklumkan oleh ibu saya yang saya merupakan anak beliau yang paling lama menyusu badan.. mungkin itu juga antara sebab dalam hati ini sentiasa tersemat perasaan untuk menyusukan anak sendiri..
sebenarnya rase sgt sedih dan amat berdebar2 nak menantikan cukupnya umur anak sy 2 tahun.. im gonna miss this sweet moment.. dan tak sabar2 lagi mahu menambah anak untuk merasakan kembali kemanisan menyusukan anak sendiri.. akan sy rindukan bila mata betentang mata saat nu'man menyusu.. bile tangan nu'man menjalar2 mencari tahi lalat diperut saya saat menyusu.. akan rindukan saat2 bile nu'man menarik2 rantai saya saat menyusu... akan rindukan tangan kecil itu bile nu'man mencungkil2 tahi lalat di muka saya... akan rindukan tangan kecil itu bile nu'man menekan2 perut ibarat little kitten yang sedang menyusu.. dan paling akan saya rindukan bila nu'man bangun malam2 dan membebel 'nak tetek mama ni' ... sedihnya.... dan sangat2 sayu rase hati ini...saya akan rindukan saat2 itu.. (lari carik tisu jap.. air mata dah byk keluar)
-end-

No comments:
Post a Comment