AKU DAN DIA...

me says

SAYA SAYANGKAN SUAMI SAYA, ANAK SAYA DAN KELUARGA SAYA... SEKIAN TERIMA KASIH...


Friday, July 24, 2009

kp kami akhirnya dikembalikan...

salam...
alhamdulillah..
akhirnya kebenaran berpihak kepada dato' KP kami...
akhirnya dato bebas...
alhamdullillah...
artikel dibawah di petik dari sini
Mirza bebas

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab hari ini dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan bersetuju menerima rawatan pergigian bernilai RM13,860 tanpa balasan, empat tahun lalu.Hakim Mahkamah Sesyen Zainal Abidin Kamarudin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan telah gagal, di akhir kes pendakwaan, membuktikan kes prima facie terhadap Mirza.Sejurus keputusan dibacakan, lebih 100 anggota keluarga dan rakan Mirza yang berada di galeri awam, bertepuk tangan dan bersorak mengucapkan "Alhamdulillah", menyebabkan hakim meminta mereka diam bagi menghormati prosiding mahkamah.Dalam penghakiman bertulisnya hari ini, Zainal Abidin berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan wujudnya elemen niat di pihak tertuduh untuk menerima barangan berharga, iaitu dalam bentuk rawatan pergigian, tanpa balasan, yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.Mirza, 51, yang digantung tugasnya sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia berikutan kes rasuah itu dituduh bersetuju menerima, tanpa balasan, rawatan pergigian bernilai RM13,860, yang dijelaskan bayarannya oleh pengarah Syarikat Perunding Pakar Media Zulhisyam Ayob, walaupun mengetahui bahawa syarikat itu mempunyai hubungan dengan fungsi rasmi beliau sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakkan Pelancongan ketika itu.

2 comments:

Solly Salihah said...

alhamdulilah kan..

so,
kembalikan boss kami!!

mrscee said...

alhamdulillah

berkat ketabahan dato ngan doa2 kite sume...

Followers