ini adalah diantara blog yang saya jengah.. kekadang apa bila melihat ke blog2 insan yang telah meninggalkan kita pada tahun ini, terdetik di hati bagaimanakah perjalanan insan2 yang saya begitu kagumi ini apabila di dunia yang satu lagi... mudah2 an insan2 ini ditempatkan dalam golongan hamba2 ALLAH yang beriman.. aminnnnn...
BLOG PERTAMA... allahyarham JMD... memulakan blog pada tahun 2008... perjalanan hidup beliau begitu memeritkan tetapi kesabaran mengatasi segala2 nya.. di sini sy begitu terkesan dengan segala penceritaan arwah di blog arwah.. perjalanan dari waktu semasa sihat sehinggalah sakit dan di mggu akhir sebelum dipanggil mengadap ILLAHi... dan di bawah adalah sisipan dari blog arwah yang saya telah ambil untuk dikongsi bersama2 para sahabat.... arwah telah pergi mengadap ILLAHI pada 26 September 2009
Bismi Allah.
Dari Ibnu Umar, riwayat Imam Ahmad, Rasulullah bersabda:'Wahai kumpulan wanita, banyak-banyaklah kamu bersedekah kerana aku melihat dari kalangan kamulah yang paling banyak masuk neraka. Ini kerana banyaknya laknat menceritakan tentang kamu dan juga kamu tidak berterima kasih kepada suami. Aku tidak melihat oang yang kurang akal dan agamanya dapat mengalahkan yang bijak selain dari kalangan kamu juga'.
Mendengar yang demikian seorang wanita bertanya: 'Ya Rasulullah, apa maksudnya kurang akal dan agama?'
Rasulullah SAW menjawab: 'Kesaksian dua wanita sama dengan kesaksian seorang lelaki. Ini bererti kurang akal. Dan berlalu beberapa malam kamu tidak solat (kerana haid), begitu juga di bulan Ramadhan kamu tidak berpuasa. Ini bererti kurang agama'.
Di sini jelas bahawa populasi neraka adalah kebanyakkannya dari kalangan kaum perempuan. Bagaimanapun, ada kaum wanita yang menjawab, 'ini kerana wanita memang lebih ramai dari lelaki di dunia ni...'. Aku pula menjawab: 'kalau wanita lebih ramai... kenapa tidak dia yang mendominasi syurga?'. Betul tak?
Sepatutnya, kaum ibu kena ambil perhatian di sini bahawa penyebab kebanyakkan mereka ke neraka adalah kerana tidak berterima kasih kepada suami. So, belajar-belajarlah untuk berterima kasih pada suaminya. Tapi macammana ye? Dalam hal ini, dari Ibnu Abbas, riwayat Imam Bukhari.. (hadis panjang yang diringaskan untuk ambil pointnya saja):'kemudian ditunjukkan kepadaku neraka. Aku belum pernah melihat keadaan seperti itu melainkan hari ini. Aku lihat kebanyakkan penghuninya adalah kaum wanita".
Mendengar yang demikian kaum wanita bertanya: 'Mengapa begitu ya Rasulullah?' Rasulullah menjawab: 'Kerana mereka ramai yang kufur'. Kaum wanita bertanya lagi: 'Apakah mereka kufur kepada Allah?'. 'Mereka tidak berterima kasih kepada suami dan tidak mengenang budi. Kalau engkau berbuat baik kepada salah seorang mereka sepanjang masa, kemudian melihat sesuatu yang kurang baik, maka dia akan berkata, "engkau tidak pernah berbuat baik kepadaku"...jawab Rasulullah.
Haa tu dia.. pendek kata, janganlah ringan sangat mulut untuk menyakitkan hati suami. Tu saja petuanya. Sebab tu.. orang perempuan ni mudah sangat untuk masuk syurga kalau dia tahu. Cuma buat yang difardukan ke atasnya, dan taat pada suami... settle.
Satu lagi, Rasulullah memberi tips supaya memperbanyakkan sedekah. Sedekah ni bukan dengan duit saja... senyum pun sedekah. Apalagi dengan tugasan biasa seorang isteri/ibu kepada suami dan anak-anaknya...? Perghh besar pahalanya. Tapi awas! Berhati-hatilah dengan perkataan yang bisa menyakitkan hati suami!. InsyaAllah.
Yang lelaki pun jangan lupa... kalau si isterinya ke neraka, belum tentu si suami boleh ke syurga! Kenapa? Pasal kita tidak bimbing didik ajar isteri ler.. Mereka tu dibawah tanggungan kita.. pasti akan ditanya segala-galanya. So untuk selamat... kita mesti tunaikan tanggungjawab itu dengan mengajar, membimbing, mendidik isteri-isteri kita dengan ilmu-ilmu agama. Bila dia menjadi orang yang faham agama...insyaAllah akan bersama di sini dan juga di sana.
Macam tulah.. kita ni pemimpin kepada keluarga kita. So dipertanggungjawabkan ke atas kita akan mereka yang dibawah pimpinan kita. Bukan tugas mudah tu wahai lelaki!...Oklah cukup untuk kali ini. Mudah-mudahan memberi sedikit manfaat. InsyaAllah...Sekian wassalam...
Posted by allahyarham j.MD at
1:56 AM blog kedua... ustaz asri rabbani... tp saya hanya sempat mengambil kata2 beliau dari description blog je... kata2 yang hampir buat sy termenung seketika... begitu mendalam...
Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...
anakku...jagalah ALLAH nescaya DIA menjagamu
dirikanlah solat moga dirimu selamat
peliharalah
hukum Tuhan; pasti DIA melindungimu
anakku...cintailah Nabimu ~kasihanilah Rasulmu ~ ingatilah Baginda
saat orang melupakannya ~menghinanya dan berpaling darinya
itulah bukti siapa ummatnya ~siapa khianatinya...mudah-mudahan dirimu beroleh syafaat uzmah di sini dan di sana nanti
anakku...renangilah lautan ilmu yang tidak terbatas
jika mampu selamilah ke dasarnya tapi ingat... selalulah berserah kepadaNYA
anakku...ilmu mampu menjagamu ~ menyelamatkanmu
ilmu jalan menuju bahagia dunia akhirat
ilmu menuntunmu saat kegelapan ilmu adalah harta yang tak pernah berkurangan
anakku...tiada ertinya segala amal ibadahmu jika melukai hati ibumu walau seguris cuma
anakku... akan hilang keberkatan hidupmu
andai bergetar hampa naluri seorang ayah.....
kerna kasih ASRI RABBANI at
9:42 AM
**************
ALFATIHAH....
**************
-end-