AKU DAN DIA...
me says
Friday, October 16, 2009
-sekian-
berdiam diri bukan bermakna kurang ajar
berdiam diri bukan bermakna besar kepala
berdiam diri bukan bermakna menyindir
tapi
berdiam diri untuk mendengar kata
berdiam diri untuk berfikir
berdiam diri untuk mentafsir
-sekian-
Wednesday, October 7, 2009
persiapan raya tahun pertama sebagai isteri...
Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yangtelah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
***************************************************
post ini sebenarnya telah lama di draft namun begitu kemalasan dan kebizian melanda selepas cuti raya... jadi selamat membaca cerita yang hampir basi ya semua...
ketika menjengah ke blog para sahabat temasuk ucu manja pada mggu lepas saya terperasan yang ucu ade request tuk menyudahkan tag bersempena persiapan hari raya...
dan berikut disertakan persiapan2 raya yang telah dibuat....

raya ketiga bunga 2 an (inilah baju yg secara tak sengaja menjadi baju raya saya... )
kasut raya...
saya tiada kasut raya... dan untuk raya tahun ini saya hanya memakai kasut yang selesa untuk diri saya dan sentiasa dipakai semasa ke pejabat yang saya beli awal bulan 7 tahun ni... toyibbbbbbbbbbbbbbbb... sila lihat gambr yang disediakan di bawah...
kasut raya merangkap kasut pergi keje ari2
family...
maaf........ tuk family saya tidaklah sempat sy nak snapkan gambar tuk tatapan kamu semua kerana pada tahun ini sya beraya di kampung mentua.. pada raya ke 4 baru ke ipoh dan time tu semua family sy da tak de feel nak pakai baju raya harap maklum.. toyibbbbbbbb..
indahnye rumah pemilik blog dikala malam menjelma...
langsir baru....
langsir ini telahpun lame dibeli di mines sebelum puasa kerana terlalu taksub dengan perasaan nak me'merah'kan rumah pada tahun ini... toyibbbbbbbbbb
teruja juga mahu tunjukkan gambar gubahan bunga (tak menjadi) dan pasu yg telah dibeli di nilai 3...
eh ape motif pemilik blog ni letak gambar karpet baru beliau? walaupun takde kene mgena tetap nak letak jugak karpet baru ni untuk menunjukkan bahawa tahap keterujaan untuk memerahkan rumah telah berjaya dicapai.. sila abaikan kaki cantik nan indah serta remote astro milik pemilik karpet baru ini...
duit raya tidak dapat disediakan atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.. hanya sediakan untuk emak dan mentua sahaja... syukurla adik2 dan anak2 buah tak bertanyakan sangat.... uwaaaaaaaa... toyibbbbbbbbbb....
tahun pertama raya sebagai suami isteri perjanjian serta persetujuan telah dibuat dan tahun pertama ini saya akan balik ke kampung mentua di kg rimba terjun, pontian dan raya ke 4 akan ke kampung saya di ipoh... dalam hal ni saya mengikut suami dan alhamdulillah tiada pergaduhan pinggan mangkuk melayang seperti yg biase sy dengar dari kengkawan sebelum ini... tipulah jika tidak rasa sedih kerana tidak pernah seumur hidup saya tidak beraya bersama2 mak dan family di ipoh.....nasib baik la perasaan dapat dikawal tatkala menelefon emak untuk meminta keampunan di pagi raya.. perasaan yang syahdu... tapi walaubgaimanapun kegembiraan menyambut syawal di kampung suami sedikit sebanyak melenyapkan kesedihan yang melanda diri saya di pagi raya... chewahhhhh..toyibbbbbbbbbbbbbbb..
sekian,,, inilah sahaja persiapan saya pada aidilfitri tahun ini.... tidak semeriah semasa bujang dulu.. semuanye bersederhana...tetapi alhamdulillah begitu indah. lagi2 dapat beraya bersama suami tercinta di kampung mentua..... keluarga yang besar... satu kampung pontian tu sedara.. so mmg meriah bile raya pertama smpi raya ke tiga... makan jgn ckp la... puasa turun 3 kg raya naik balik dua kali ganda... akhir sekali izinkan sy berpantun 5 kerat...
empat lima enam
Thursday, October 1, 2009
sepalit kisah seminggu sebelum syawal..
******************************************************
semua barang telah bejaya dibeli dua minggu sebelum syawal.. kerancakan kami suami isteri berbelanja tidak perlu rasenye dimuatkan di sini...tetapi ape yg paling bermakne pabila walupun pitih (duit, wang, dollar, yen) tak berapa nampak... (entri sebelum ini perlu dirujuk...), kami suami isteri tetap singgah ke lokasi2 rentap seperti nilai 1, nilai 3, jalan pakcik rahman pun turut disinggah (dua minggu sebelum syawal tak ramai org).... ye tak lupe juga.. tempat yg tak penah nye tak de org... jeng jeng jeng ... SOGO...mata ini tipu la jika tidak berjaya merambangkan diri.. tp atas rase sedar diri sendiri semua berjaya di atasi... dan tujuan kami suami isteri ke sana kemari adalah semata2 sebiji pasu dan bunga2 an serta balang kuih raya sebagai penyeri rumah tangga....(lawak tau balang kuih raya tak dapat dicari di carrefour, giant, parkson)
****************************************************
salam...
walupun perbelanjaan telah dilakukan oleh saya dan suami telebih awal seperti butiran di atas, namun tetapi atas kehendak serta permintaan si suami yang menginginkan perkauman antara sepupu beliau tidak diabaikan dan dieratkan.. maka dengan suke hatinye kami berenam sekali lagi keluar bersama2... perkauman ini telah pun buat pertama kalinye saya rasekan semenjak tahun lepas (time masih bertunang)... ahli - ahli nye adalah seperti berikut... saya dan suami, hadi, along, riza rossi bersama2 tunang beliau....lokasi kali ini lebih bahagia berbanding kepanasan tahun lepas dilorong2 serta jalan2 pakcik rahman... tak dpat juga la saya lupe kan mase tahun lepas berapa banyak himpunan sumpahan dan juga cacian yang berjaya saya lakukan...akhir sekali ayat nye seperti berikut.. sumpah takmo da pegi jalan tar last minit.. dan sumpahan itu tidak sekali2 sy langgar apabila pergi dua minggu lebih awal ke sana pda tahun ini...(ha ha ha)..opssss... sedar tak sy sudah hampir membuang masa kamu semua membaca dengan meletak mukadimah yang begitu panjang...
ok kt sambung cerita manis sy...
setelah perjanjian dibuat dan tarikh yang dijanjikan telah tiba.. maka semua pun sepakat untuk pergi ke IOI mall puchong dari rumah saya di cheras... kami ke sana dengan dua buah kereta...alangkah bahagia apabila sampai di sana apabila mata ini dapat melihat jusco.. ho yeah... akhirnya balang kuih serta bunga2an bejaya dibeli di jusco.. (jusco the best port for your family gathering)...akhirnya dipendekkan cerita kerana mukadimah telalu panjang sebentar tadi, kami pun berpakat juga untuk bebuka puasa di IOI Mall... sume cadangan yang dikemukakan terpaksa di tolak bila mana ternampak lamb chop... har har har... hajat di hati ingin menikmati steamboat pada mula nya di tempat yang dinamakan seoul garden.. kecewa apabila dikatakan fully booked.. dan rupenye seoul garden itu bersama breeks cafe adalah restoran yang sama.. maka kami kesebelah.. ke BREEKS CAFE... nah ini lah di antara gambar2 yang berjaya di snap oleh photographer tak bertauliah...

gambar ini di ambil dari website breeks cafe.. promote tau... kasik la royalti skit...
aksi aksi seblum majlis bebuke puasa.. saya merenung masa depan...
saya perkenalkan sepupu hisham yang pertama... namenye along
sepupu hisham yang kedua.. adik kepada risa rossi... hadi... tgh tunjuk trill kacau mushroom soup sebelum bebuke.. chewah..
azan berkumandang.. dan apalagi baca la doa qunut eh doa buke puase...
antara juadah2 santapan pada hari itu...
Friday, September 11, 2009
leave blank...
penin kepale..
tension membuak...
mahu kecilkan diri dari manusia sekeliling buat seketika...
-end-
Thursday, September 10, 2009
kalo nak anyam ketupat da boleh da minggu depan...
**************************************************
"Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor."
**************************************************
bulan puase ni pun ade yg nak mengumpat2...
depan2 pulak tu..
ish ish ish donia donia....
bisikan sukma: semoga ALLAH ampunkan dosa beliau... aminnnnnn
harus ke??
kedermawanan itu adalah pakaian yang besar yang akan menutup semua kekurangan dan cacat.













