AKU DAN DIA...

me says

SAYA SAYANGKAN SUAMI SAYA, ANAK SAYA DAN KELUARGA SAYA... SEKIAN TERIMA KASIH...


Thursday, December 3, 2009

khas buat WANITA ABD MUTALIB... harap tabah sayang...


KADANG - KADANG ALLAH HILANGKAN SEKEJAP MENTARI

KEMUDIAN DIA DATANGKAN PULA GURUH DAN KILAT

PUAS KITA MENANGIS MENCARI KEMANA MENGHILANGNYA MATAHARI

RUPA - RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN PELANGI NAN INDAH BUAT KITA....


buat WANITA ABD MUTALIB...


tabahkan hati kamu... setiap perkara ada hikmah yang kita sendiri takkan jangka.. semua yang baik itu dari ALLAH jua. jangan sekali2 mengalah dan rasa sedih... teruskan berusaha.. kamu tidak berseorangan.....


love u sahabat...


-end-

Monday, November 30, 2009

tempat perlindungan dari terik matahari dan rintik gerimis

kontrak sewa rumah bakal berakhir pada 23/12/2009 dan dalam masa yang sama juga berita paling terbaru diterima yang tm akan (jadik) berpindah secara berperingkat2 mulai tahun depan pada bulan 10...

sekarang tengah pening...

setelah nak dekat 2 bulan mencari rumah sewa...

tak jumpe2, semua tempat da di redah...

ke bukit mahkota, ke desa petaling, ke nilai, ke bandar tun hussien onn... dan rasenya hampir satu kl, selangor dan negeri sembilan yang kami rasekan berdekatan dengan putrajaya telah kami pergi..

MASIH....... TAK KETEMU...............

bukan tak ketemu langsung... tapi sewa yang diletakkan agak tak berbaloi.... mahal... tak mampu rasenya sementara nak menunggu tahun hadapan... dengan duit minyak.. dengan sewanya lagi.... makan minum suami... oh tidakkkkkk...

rase mau terus beli rumah... tetapi berbaloikah dalam masa terdekat ni......

kerana untuk membeli rumah perlu jadi begitu memilih kerana bimbang jika di masa hadapan tidak "in" dengan diri sendiri dan keluarga...

SAYA SEMAKIN PENIN....

EH BETUL LA SY MEMANG TAK MEMILIH.... SALAHKAH SAYA MEMINTA SEWA SEBANYAK RM250 UNTUK RUMAH KECIK BEGINI?? TAK SALAH KAN?? (JANGAN MARA AAAA)
-END-

Thursday, November 26, 2009

qurban apa sahaja...

menyingkap sejarah qurban

- Nabi Ismail cukup terkenal dengan kisah penyembelihan agung. Pada Hari Raya Aidiladha, peristiwa ini pasti meresap kembali dalam ingatan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bagi umat Islam yang berkemampuan mereka akan menyembelih haiwan ternakan sebagai korban bersempena dengan peristiwa penyembelihan Nabi Ismail.
Peristiwa penyembelihan ini bermula apabila Nabi Ibrahim bermimpi bahawa Allah memerintahkan baginda untuk menyembelih anaknya.Nabi Ibrahim sungguh sedih dan terkejut. Sebelum ini pun Allah telah mengujinya dengan berbagai-bagai ujian dan cabaran.
Ujian pertama yang diterimanya adalah setelah berkahwin dengan Sarah. Isterinya itu didapati tidak dapat melahirkan anak sedangkan usia Nabi Ibrahim pada waktu itu telah lanjut.Kemudian baginda berkahwin dengan Hajar dan mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Ismail. Baginda sungguh gembira dan amat menyayangi anaknya itu. Tiba-tiba ujian kedua menimpanya. Allah menurunkan wahyu supaya baginda meninggalkan Hajar dan anak kesayangannya di satu kawasan ketika itu Ismail masih kecil.
Akhir sekali dugaan yang paling mencabar diterimanya dalam mimpi baginda. Allah memerintahkan baginda supaya menyembelih Ismail. Pada masa itu Ismail telah remaja. Nabi Ibrahim berasa sedih kerana itulah satu-satunya anak yang dimilikinya bersama Hajar. Nabi Ibrahim juga telah tua ketika menerima wahyu tersebut. Namun, baginda tetap taat kepada perintah Allah. Lalu baginda bertemu dengan Ismail."Wahai anakku, sesungguhnya aku telah bermimpi seolah-olah aku menyembelihmu. Apakah pendapatmu tentang perkara ini?," tanya Nabi Ibrahim.
Sebagaimana yang diterjemahkan di dalam al-Quran, Ismail pun menjawab, "Wahai bapaku, kamu laksanakanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu. Insya-Allah kamu mendapatiku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar".Nabi Ibrahim sungguh terharu mendengar kata-kata anaknya itu. Baginda tahu anaknya seorang yang tabah dan taat kepada Allah. Kemudian, baginda bersiap sedia menyembelih Ismail.Sebelum disembelih, Ismail berpesan kepada bapanya: "Wahai ayahku, ikatlah badanku dengan kuat agar aku tidak meronta-ronta. Kemudian tanggalkanlah pakaianku agar tidak terkena darahku. Aku tidak mahu ibu bersedih apabila melihat pakaianku nanti. Tajamkanlah pisaumu dan percepatkanlah penyembelihanku agar dapat meringankan kesakitanku. Kemudian sampaikanlah salamku kepada ibu dan berikannya pakaianku sebagai tanda kenang-kenangan."Nabi Ibrahim terus memeluk dan mencium anaknya."Aku sungguh bahagia mempunyai anak sepertimu yang taat kepada perintah Allah, berbakti kepada orang Allah, berbakti kepada orang tua dan ikhlas hatinya," kata Nabi Ibrahim dalam nada sedih.
Selepas itu, Nabi Ibrahim pun menjalankan perintah tersebut. Baginda melakukannya seperti yang diminta oleh Ismail, tetapi pisau yang digerakkan di leher Ismail tidak berfungsi dan menjadi tumpul. Beberapa kali dicubanya tetapi gagal. Nabi Ibrahim berasa hairan lalu berdoa kepada Allah dan Allah terus berseru kepadanya:"Wahai Ibrahim, sesungguhnya engkau telah melaksanakan mimpimu itu, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berbuat kebaikan."Nabi Ibrahim amat bersyukur kerana Ismail telah terselamat daripada disembelih. Tempat Ismail telah diganti dengan seekor kibas. -
jgn cuba2 klik gambar untuk jadikan lebih besar jika kamu tidak cukup/lemah semangat...

apekah penqurbanan yang berjaya kamu dan aku lakukan tahun ini?

berapa banyak qurban yang telah kamu dan aku lakukan tahun ini?

berapa ramai pule yang menjadi qurban dalam perqurbanan kamu dan aku tahun ini?

dan apekah erti qurban pada kamu dan aku?


SELAMAT HARI RAYA QURBAN..

MAAF ZAHIR DAN BATIN...
-END-

Tuesday, November 24, 2009

Vito Corleone kata.........





"I'm going to make him an offer he can't refuse ............"
francis ford coppola
MEMANG
INILAH
MASA
YANG
SESUAI
UNTUK
BERHIJRAH . . .


Wednesday, November 18, 2009

rase kagum bile abang optimus bertransformasi menjadi truck....

bile abg optimus begini memang senang...

tetapi apabile mahu mentrasform kan diri buat pertama kali... oh seksaan nye... sila lihat video di atas untuk cerita lebih lanjut...
para pemilik suara video di atas:
suami
isteri
bapak mentua ku
mak mentua ku
buat suamiku:: tahniah..... selepas berhempas pulas selama 4 jam...

-end-


Monday, November 16, 2009

blog hopping ...arwah jmd & arwah asri..



ini adalah diantara blog yang saya jengah.. kekadang apa bila melihat ke blog2 insan yang telah meninggalkan kita pada tahun ini, terdetik di hati bagaimanakah perjalanan insan2 yang saya begitu kagumi ini apabila di dunia yang satu lagi... mudah2 an insan2 ini ditempatkan dalam golongan hamba2 ALLAH yang beriman.. aminnnnn...

BLOG PERTAMA... allahyarham JMD... memulakan blog pada tahun 2008... perjalanan hidup beliau begitu memeritkan tetapi kesabaran mengatasi segala2 nya.. di sini sy begitu terkesan dengan segala penceritaan arwah di blog arwah.. perjalanan dari waktu semasa sihat sehinggalah sakit dan di mggu akhir sebelum dipanggil mengadap ILLAHi... dan di bawah adalah sisipan dari blog arwah yang saya telah ambil untuk dikongsi bersama2 para sahabat.... arwah telah pergi mengadap ILLAHI pada 26 September 2009

Laknat 2: Tidak berterima kasih pada suami (sila klik pada link untuk melihat blogger sebenar)


Bismi Allah.
Dari Ibnu Umar, riwayat Imam Ahmad, Rasulullah bersabda:'Wahai kumpulan wanita, banyak-banyaklah kamu bersedekah kerana aku melihat dari kalangan kamulah yang paling banyak masuk neraka. Ini kerana banyaknya laknat menceritakan tentang kamu dan juga kamu tidak berterima kasih kepada suami. Aku tidak melihat oang yang kurang akal dan agamanya dapat mengalahkan yang bijak selain dari kalangan kamu juga'.
Mendengar yang demikian seorang wanita bertanya: 'Ya Rasulullah, apa maksudnya kurang akal dan agama?'
Rasulullah SAW menjawab: 'Kesaksian dua wanita sama dengan kesaksian seorang lelaki. Ini bererti kurang akal. Dan berlalu beberapa malam kamu tidak solat (kerana haid), begitu juga di bulan Ramadhan kamu tidak berpuasa. Ini bererti kurang agama'.

Di sini jelas bahawa populasi neraka adalah kebanyakkannya dari kalangan kaum perempuan. Bagaimanapun, ada kaum wanita yang menjawab, 'ini kerana wanita memang lebih ramai dari lelaki di dunia ni...'. Aku pula menjawab: 'kalau wanita lebih ramai... kenapa tidak dia yang mendominasi syurga?'. Betul tak?

Sepatutnya, kaum ibu kena ambil perhatian di sini bahawa penyebab kebanyakkan mereka ke neraka adalah kerana tidak berterima kasih kepada suami. So, belajar-belajarlah untuk berterima kasih pada suaminya. Tapi macammana ye? Dalam hal ini, dari Ibnu Abbas, riwayat Imam Bukhari.. (hadis panjang yang diringaskan untuk ambil pointnya saja):'kemudian ditunjukkan kepadaku neraka. Aku belum pernah melihat keadaan seperti itu melainkan hari ini. Aku lihat kebanyakkan penghuninya adalah kaum wanita".

Mendengar yang demikian kaum wanita bertanya: 'Mengapa begitu ya Rasulullah?' Rasulullah menjawab: 'Kerana mereka ramai yang kufur'. Kaum wanita bertanya lagi: 'Apakah mereka kufur kepada Allah?'. 'Mereka tidak berterima kasih kepada suami dan tidak mengenang budi. Kalau engkau berbuat baik kepada salah seorang mereka sepanjang masa, kemudian melihat sesuatu yang kurang baik, maka dia akan berkata, "engkau tidak pernah berbuat baik kepadaku"...jawab Rasulullah.

Haa tu dia.. pendek kata, janganlah ringan sangat mulut untuk menyakitkan hati suami. Tu saja petuanya. Sebab tu.. orang perempuan ni mudah sangat untuk masuk syurga kalau dia tahu. Cuma buat yang difardukan ke atasnya, dan taat pada suami... settle.

Satu lagi, Rasulullah memberi tips supaya memperbanyakkan sedekah. Sedekah ni bukan dengan duit saja... senyum pun sedekah. Apalagi dengan tugasan biasa seorang isteri/ibu kepada suami dan anak-anaknya...? Perghh besar pahalanya. Tapi awas! Berhati-hatilah dengan perkataan yang bisa menyakitkan hati suami!. InsyaAllah.

Yang lelaki pun jangan lupa... kalau si isterinya ke neraka, belum tentu si suami boleh ke syurga! Kenapa? Pasal kita tidak bimbing didik ajar isteri ler.. Mereka tu dibawah tanggungan kita.. pasti akan ditanya segala-galanya. So untuk selamat... kita mesti tunaikan tanggungjawab itu dengan mengajar, membimbing, mendidik isteri-isteri kita dengan ilmu-ilmu agama. Bila dia menjadi orang yang faham agama...insyaAllah akan bersama di sini dan juga di sana.

Macam tulah.. kita ni pemimpin kepada keluarga kita. So dipertanggungjawabkan ke atas kita akan mereka yang dibawah pimpinan kita. Bukan tugas mudah tu wahai lelaki!...Oklah cukup untuk kali ini. Mudah-mudahan memberi sedikit manfaat. InsyaAllah...Sekian wassalam...

Posted by allahyarham j.MD at 1:56 AM

blog kedua... ustaz asri rabbani... tp saya hanya sempat mengambil kata2 beliau dari description blog je... kata2 yang hampir buat sy termenung seketika... begitu mendalam...

kata - kata asri rabbani.... (sila klik link untuk melihat blogger sebenar)

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...

Thursday, February 1, 2007

PESAN AYAH...

anakku...jagalah ALLAH nescaya DIA menjagamu
dirikanlah solat moga dirimu selamat
peliharalah hukum Tuhan; pasti DIA melindungimu
anakku...cintailah Nabimu ~kasihanilah Rasulmu ~ ingatilah Baginda
saat orang melupakannya ~menghinanya dan berpaling darinya
itulah bukti siapa ummatnya ~siapa khianatinya...mudah-mudahan dirimu beroleh syafaat uzmah di sini dan di sana nanti
anakku...renangilah lautan ilmu yang tidak terbatas
jika mampu selamilah ke dasarnya tapi ingat... selalulah berserah kepadaNYA
anakku...ilmu mampu menjagamu ~ menyelamatkanmu
ilmu jalan menuju bahagia dunia akhirat
ilmu menuntunmu saat kegelapan ilmu adalah harta yang tak pernah berkurangan
anakku...tiada ertinya segala amal ibadahmu jika melukai hati ibumu walau seguris cuma
anakku... akan hilang keberkatan hidupmu
andai bergetar hampa naluri seorang ayah.....


kerna kasih ASRI RABBANI at 9:42 AM 2 comments

**************
ALFATIHAH....

**************

-end-

Followers