AKU DAN DIA...

me says

SAYA SAYANGKAN SUAMI SAYA, ANAK SAYA DAN KELUARGA SAYA... SEKIAN TERIMA KASIH...


Tuesday, November 10, 2009

penting wehhhh....










Hubungan suami isteri ibarat sebatang pokok bunga; ia perlu dijaga,disiram dan dibajai dari semasa ke semasa agar sentiasa subur, segar dan mewangi. Bagaimana hendak menjaga rumahtangga agar ia hidup subur?




1) Mendengar, Menerima dan Menunjukkan Minat




Setiap individu pastinya ada banyak perkara yang hendak diperkatakan atau diberitahu kepada orang lain. Begitu juga suami isteri,pastinya ada perkara-perkara yang hendak diluahkan agar dapat dikongsi bersama. Jika suami isteri anda pulang ke rumah dan meluahkan perasaan, bersedialah untuk mendengarnya dengan penuh minat.




2) Berkasih Sayang......




Berkasih sayang merupakan aspek penting dalam kebahagian rumahtangga. Ia tidak semestinya diucapkan dengan kata-kata,sebaliknya boleh dizahirkan dengan perbuatan. Love is a verb. Rasa kasih dan sayang boleh dilahirkan dengan sentuhan atau berpegangan tangan ketika menonton TV, saling memilin kaki ketika sama-sama membaca akhbar di hujung minggu, tanpa perlu diucapkan dengan kata-kata.




3) Ambil Berat




Timbang rasa ialah cara yang sangat berkesan untuk melonjak rumahtangga anda ke arah yang lebih positif. Misalnya hari ini suami anda dikehendaki membentangkan kertas kerja projek. Luangkan sedikit masa untuk menelefonnya sekadar untuk bertanyakan keadaan danmengucapkan selamat berjaya. Tunjukkan bahawa anda ambil berat.Berikan sokongan jika dia sedang bersedih atau panik.



4) Menghargai Perkahwinan




Untuk menghargai perkahwinan, kenangkan kembali detik-detik indah masa lalu. Kenangkan kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan anda di awal perkahwinan dahulu. Semarakkan memori indah itu setiap kali anda berdua menghadapi masalah dalam perhubungan. Mengingati saat-saat indah ini akan dapat menghilangkan perasaan marah terhadap pasangan anda.Berikan pujian kepada pasangan dan luahkan rasa bangga kepada pasangan anda. Bersetuju dengan idea pasangan,cadangan atau penyelesaiannya adalah satu cara untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan.




5) Saling Memahami




Suami isteri perlu pandai menyelami hati masing-masing. Anda boleh tunjukkan bahawa anda benar-benar memahami dan merasai apa yang pasangan anda rasakan hanya dengan ekspresi wajah seperti riak sedih, bimbang dan sebagainya. Empati juga boleh diluahkan dengan berkata sesuatu yang dapat menenangkan hati pasangan anda.




6) Ada Senda Gurau




Menyakat , bergurau, dan melawak bersama boleh menyuburkan lagi ikatan perkahwinan atau hubungan suami isteri. Bersuka-suka begini boleh mendekatkan diri anda dengan suami atau isteri. Anda menjadi semakin intim. Kongsilah perasaan seronok dan gembira bersama danberitahulah pasangan anda bahawa anda sedang menikmati saat yang indah bersamanya.




7) Saling Mendoakan




Doakanlah pasangan anda. Cari waktu-waktu yang paling sesuai untuk berdoa khususnya selepas solat. Jangan hadkan waktu doa. Anda boleh berdoa sama ada dengan melafazkan doa atau sekadar memohon dengan hati. Doakan kesejahteraan dan kejayaan pasangan masing-masing.




jika diamalkan 7 di atas...insyallah rumahtangga beroleh keberkatan... mudah2 an... mari sama2 kt doakan..aminnnnnn... mmm yg tak kawin lagi tu ketepi skit ye... kalo da kawin baru boleh bace...har har har...




-end-

bile dia kata...

suami kata .......... jangan makan udang nnt gatal2...
saya kata ........... ala sikit je saje nak merase...

suami kata .......... jgn mkn pedas2 sgt..jgn mkn sambal belacan .. nnt tumbuh jerawat...
saya kata ........... mane ade pedas.. skit je...takpe...maibeaute kan ade...

suami kata .......... jgn tekan2 jerawat tu nnt ade timbul bekas hitam2...
saya kata ........... ala serum kan ade... takpe la.... lagipun muke kt bukan muke awk..

suami kata .......... amboi semangat nye mkn... camne nak beli treadmill ni...
saya kata ........... bile treadmill da ade baru la kt jaga mkn.... skrg ni takpe mkn je mane kt suke... kan? kan?

suami kata .......... awk ni degil la..
saya kata ........... ye betul tu sy memang degil...
*********************************************

saya kata ........... ala... hidung, tekak sume gatai la..... bibir sume bengkak.. ni sume pasal udang la ni.. uwaaaaaaaaaa....
suami kata .......... padan muke...

saya kata ........... ala jerawat tumbuh bebetul kat idung la bang.... da mcm witch tggu nak belik penyapu ngan topi je...
suami kata .......... padan muke...

saya kata ........... ala hidung ni da jadik itam da ni.. camne ni??
suami kata .......... padan muke....

saya kata ........... ala baju da mcm kecik la (tak mengaku badan yg makin beso)
suami kata .......... padan muke...

saya kata ........... saya mmg degil kan bang??
suami kata ........... a ah.. padan muke....


ISTERI SAPE NI... BAIK MENGAKU CEPAT....
-END-

Friday, November 6, 2009

budak pandai mendapat selempang pink..

*********************************************
Kejayaan bermula dengan impian di fikiran .
Menulisnya adalah langkah kedua.
Melakukan sesuatu untuk merealisasikan merupakan langkah ketiga.
*********************************************





to my sis... cairulazwa azimi
congrats on your convocation...
i love u sis...
dapat keje nnt jangan lupe banje mkn (da tak main la laksa shack,, da ketinggalan zaman,,, i would love tony roma's.... (chomping steak, lamb chop, chicken chop, blah blah blah......
-end-

Thursday, November 5, 2009

no wishing nor dreaming...



i wish to have this body back...






oh yes u can but




make a wish first...




*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
kalo nak get back to your ideal body mase dulu2 tu, tak gheti2 exercise ngan jaga makan...
mmm baiklah...
-end-

ini cinta..

********************************************

"Kasih sayang adalah makanan jiwa atau hati
Simpati ibarat lauk kepada jiwa
Peri kemanusiaan ibarat ulam kepada hati
Kalau ketiga-tiga ini diperolehi oleh setiap manusia makanan hati adalah sempurna"


********************************************



ini cerita 2 hari lepas pada waktu malam jam 6.30 sehingga 10.00 malam...

bersama suami ke mall dan tekad hati untuk bercerita dengan suami tercinta mengenai masalah yang dihadapi seperti yang diceritakan di blog sebelum ini.. (Sila klik link ini untuk refresh back your memory).. dan alhamdulillah otak semakin lega..

suami memberi perangsang dan nasihat.. ye itulah tugas seorang suami.. selain menjadi ketua keluarga beliau perlu mengambil tahu hal atau masalah si isteri.. dan disamping itu menjadi pendengar setia.. suami juga menyarankan agar saya menjadi semakin lantang dlm ape jua hal yang berlaku.. insyallah sy akan jadi begitu..

buat suami tercinta.. terima kasih kerana menjadi mata dan telinga saya..dan maaf jua andai bercerita agak lewat dan ini semua disembunyikan kerana tidak mahu menyusutkan lagi keadaan dan ternyata saya silap apabila menyembunyikan hal ini dari kamu kerana ini secara tidak langsung menambahkan lagi kekusutan dari dalam diri saya...

buat suami tercinta..saya berbangga mendpat suami seperti kamu...saya berbangga kamu diciptakan oleh NYA untuk saya...saya pasti lumpuh andai tiada kamu... terima kasih ya!!

mahu cakap satu ayat ini dengan kuat ..



I LOVE U SO MUCH...



CUPpp CUPpp CUPpp (ciuman sopan seorang isteri sambil melihat kiri dan kanan malu org ramai nampak)



-end-

Tuesday, November 3, 2009

MUNGKIN KAH SAYA PATUT BERHIJRAH??

**********************************************

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah;
dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.
Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keredhaan dan syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal.
Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
Sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang kekal.” (Surat At Taubah: 20-22).

*********************************************

Monday, November 2, 2009

saya sangat sedih...

************************************************
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

************************************************



saya suke berterus terang daripada cakap belakang...

saya suke mengambil tahu kelemahan diri sendiri daripada mengambil tahu hal orang lain...

saya suke ditegur atas kesalahan diri sendiri secara berdepan daripada menegur saya sehingga menjatuhkan air muka saya di depan org ramai....

saya suke sedaya upaya menyembunyikan kesalahan seseorang daripada bercerita keaiban seseorg dengan org lain...

saya suke berahsia jika diminta melakukan sedemikian dan telalu byk rahsia berjaya di simpan dan inilah kerja seorang p.a.. (penyimpan mohor besar)

saya tidak suka bila seseorg itu bercakap belakang dari beterus terang........

saya tidak suka bila seseorg itu mengambil tahu hal saya dari mengambil tahu kelemahan diri sendiri..........

saya tidak suka bila seseorang itu menjatuhkan air muka saya didepan org ramai dari menegur saya secara berdepan....

saya tidak suke bercerita keaiban seseorg dengan org lain dan akan cube sedaya upaya menyembunyikan kesalahan sesorg sebaik mungkin...

saya tidak suke mendedahkan rahsia sesorang dan sehingga post ini di type sy masih lagi dengan rahsia2 yang kemas di simpan di hati dan jiwa...

tetapi di sini telalu byk percaturan berbau politik.....

dan honestly saya bosan dan naik jelak dengan keadaan ini..

saya cuba untuk bertahan selagi boleh, dan jangan biarkan kesabaran saya ini semakin menipis dan semakin menipis....

dan saya berserah hanya kepada MU YA ALLAH... hanya kepada MU tempat saya mengadu...

dan ketahuilah hari - hari saya ke sini sudah tidak seceria dulu... hati dan fikiran di rumah dan hanya badan saya yang memaksa diri ke sini berhadapan dengan keadaan sekeliling dan karenah pelbagai sang manusia ....

ye saya kuat..... dan mungkin ganas......tapi itu dulu.......

sekrang sy makin lemah... makin lembut... makin terasa.........


mungkin kerana sudah semakin tua...

-end-

Followers