AKU DAN DIA...

me says

SAYA SAYANGKAN SUAMI SAYA, ANAK SAYA DAN KELUARGA SAYA... SEKIAN TERIMA KASIH...


Thursday, November 5, 2009

no wishing nor dreaming...



i wish to have this body back...






oh yes u can but




make a wish first...




*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
kalo nak get back to your ideal body mase dulu2 tu, tak gheti2 exercise ngan jaga makan...
mmm baiklah...
-end-

ini cinta..

********************************************

"Kasih sayang adalah makanan jiwa atau hati
Simpati ibarat lauk kepada jiwa
Peri kemanusiaan ibarat ulam kepada hati
Kalau ketiga-tiga ini diperolehi oleh setiap manusia makanan hati adalah sempurna"


********************************************



ini cerita 2 hari lepas pada waktu malam jam 6.30 sehingga 10.00 malam...

bersama suami ke mall dan tekad hati untuk bercerita dengan suami tercinta mengenai masalah yang dihadapi seperti yang diceritakan di blog sebelum ini.. (Sila klik link ini untuk refresh back your memory).. dan alhamdulillah otak semakin lega..

suami memberi perangsang dan nasihat.. ye itulah tugas seorang suami.. selain menjadi ketua keluarga beliau perlu mengambil tahu hal atau masalah si isteri.. dan disamping itu menjadi pendengar setia.. suami juga menyarankan agar saya menjadi semakin lantang dlm ape jua hal yang berlaku.. insyallah sy akan jadi begitu..

buat suami tercinta.. terima kasih kerana menjadi mata dan telinga saya..dan maaf jua andai bercerita agak lewat dan ini semua disembunyikan kerana tidak mahu menyusutkan lagi keadaan dan ternyata saya silap apabila menyembunyikan hal ini dari kamu kerana ini secara tidak langsung menambahkan lagi kekusutan dari dalam diri saya...

buat suami tercinta..saya berbangga mendpat suami seperti kamu...saya berbangga kamu diciptakan oleh NYA untuk saya...saya pasti lumpuh andai tiada kamu... terima kasih ya!!

mahu cakap satu ayat ini dengan kuat ..



I LOVE U SO MUCH...



CUPpp CUPpp CUPpp (ciuman sopan seorang isteri sambil melihat kiri dan kanan malu org ramai nampak)



-end-

Tuesday, November 3, 2009

MUNGKIN KAH SAYA PATUT BERHIJRAH??

**********************************************

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah;
dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.
Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keredhaan dan syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal.
Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
Sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang kekal.” (Surat At Taubah: 20-22).

*********************************************

Monday, November 2, 2009

saya sangat sedih...

************************************************
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

************************************************



saya suke berterus terang daripada cakap belakang...

saya suke mengambil tahu kelemahan diri sendiri daripada mengambil tahu hal orang lain...

saya suke ditegur atas kesalahan diri sendiri secara berdepan daripada menegur saya sehingga menjatuhkan air muka saya di depan org ramai....

saya suke sedaya upaya menyembunyikan kesalahan seseorang daripada bercerita keaiban seseorg dengan org lain...

saya suke berahsia jika diminta melakukan sedemikian dan telalu byk rahsia berjaya di simpan dan inilah kerja seorang p.a.. (penyimpan mohor besar)

saya tidak suka bila seseorg itu bercakap belakang dari beterus terang........

saya tidak suka bila seseorg itu mengambil tahu hal saya dari mengambil tahu kelemahan diri sendiri..........

saya tidak suka bila seseorang itu menjatuhkan air muka saya didepan org ramai dari menegur saya secara berdepan....

saya tidak suke bercerita keaiban seseorg dengan org lain dan akan cube sedaya upaya menyembunyikan kesalahan sesorg sebaik mungkin...

saya tidak suke mendedahkan rahsia sesorang dan sehingga post ini di type sy masih lagi dengan rahsia2 yang kemas di simpan di hati dan jiwa...

tetapi di sini telalu byk percaturan berbau politik.....

dan honestly saya bosan dan naik jelak dengan keadaan ini..

saya cuba untuk bertahan selagi boleh, dan jangan biarkan kesabaran saya ini semakin menipis dan semakin menipis....

dan saya berserah hanya kepada MU YA ALLAH... hanya kepada MU tempat saya mengadu...

dan ketahuilah hari - hari saya ke sini sudah tidak seceria dulu... hati dan fikiran di rumah dan hanya badan saya yang memaksa diri ke sini berhadapan dengan keadaan sekeliling dan karenah pelbagai sang manusia ....

ye saya kuat..... dan mungkin ganas......tapi itu dulu.......

sekrang sy makin lemah... makin lembut... makin terasa.........


mungkin kerana sudah semakin tua...

-end-

Friday, October 16, 2009

-sekian-



berdiam diri bukan bermakna kurang ajar

berdiam diri bukan bermakna besar kepala

berdiam diri bukan bermakna menyindir

tapi

berdiam diri untuk mendengar kata

berdiam diri untuk berfikir

berdiam diri untuk mentafsir



-sekian-

Wednesday, October 7, 2009

persiapan raya tahun pertama sebagai isteri...

***************************************************
Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yangtelah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.

***************************************************

post ini sebenarnya telah lama di draft namun begitu kemalasan dan kebizian melanda selepas cuti raya... jadi selamat membaca cerita yang hampir basi ya semua...

salam..

ketika menjengah ke blog para sahabat temasuk ucu manja pada mggu lepas saya terperasan yang ucu ade request tuk menyudahkan tag bersempena persiapan hari raya...
dan berikut disertakan persiapan2 raya yang telah dibuat....

baju raya..

sebenar2 kejadian baju raya saya pada tahun ini hanya sehelai.. tidak semewah dan semeriah seperti tahun2 yang sudah... tetapi apabila singgah ke mall secara tidak langsung ternampak kepada satu baju kurung yng bekenan di hati...harga ditanya (sgt2 murah) dan atas dorongan suami tercinta akhirnya baju raya saya bertambah kepada dua.... dan secara tiba2 juga, sebelum ini saya ade menghantar kain untuk dijadikan baju kurung ke puan rozilawati (terima kasih puan atas keselesaan baju yang dibuat hasil tangan puan)... kononnye untuk dipakai ke ofis dan tiada niat untuk dipakai semasa hari raya... tetapi mggu teakhir sebelum raya puan rozi mengatakan baju kurung itu sudah siap... jadik akhirnya baju raya saya secara rasminye 3 helai tahun ini.. toyibbbbbbbbbbb..... sila lihat gambar di bawah...


raya pertama sedondon nampak


raya kedua abstrak..


raya ketiga bunga 2 an (inilah baju yg secara tak sengaja menjadi baju raya saya... )

kasut raya...

saya tiada kasut raya... dan untuk raya tahun ini saya hanya memakai kasut yang selesa untuk diri saya dan sentiasa dipakai semasa ke pejabat yang saya beli awal bulan 7 tahun ni... toyibbbbbbbbbbbbbbbb... sila lihat gambr yang disediakan di bawah...


kasut raya merangkap kasut pergi keje ari2

family...


maaf........ tuk family saya tidaklah sempat sy nak snapkan gambar tuk tatapan kamu semua kerana pada tahun ini sya beraya di kampung mentua.. pada raya ke 4 baru ke ipoh dan time tu semua family sy da tak de feel nak pakai baju raya harap maklum.. toyibbbbbbbb..


gambar ni di snap semasa perkahwinan sepupu di ipoh pada raya ke 7.. mungkin inilah baju raya emak, kakak, abg ipar serta adik2 saya..

family mentua...

tahun ni mentua saya mengenakan kaler sedondon berwarna hijau biru yang dibeli oleh anak menantu yg berduit..... toyibbbbbbbbbbb.....


gambar raya pertama bersama mentua yg rocks

kuih raya.....

syukurlah kerana di ofis ade akak2 yang berniaga kuih jadik saya tidak perlu ke sana kemari untuk menunjuk kuih.. ha ha ha...dan kuih2 yang dibeli dari akak2 di ofis setakat ini memuaskan hati saya... nak kuih cheese tart kak ros lagi... semua puji la... toyibbbbbbbbbbbb..

kuih 2 raya yang hampir hilang dari pandangan mata kasar dan tinggal sepalit dua menjelang raya ke 13 ....

rumah baru....

sebelum ini suami telahpun menyewa rumah bersama2 dengan sepupu jadi rumah itu merupakan rumah baru buat saya... dan bile masuk pun kebykan perabot2 asas telahpun dibeli.. jadi cuci kaki je la ye... mgkn tahun depan pun kami akan beraya di rumah baru yg lebih murah lagi... tak mampu la menyewa dengan rumah yg sedia ade ni... walaupun mmg da suke gile2 kat umah skrg... have to let go la..toyibbbbbbbbb


indahnye rumah pemilik blog dikala malam menjelma...

langsir baru....

langsir ini telahpun lame dibeli di mines sebelum puasa kerana terlalu taksub dengan perasaan nak me'merah'kan rumah pada tahun ini... toyibbbbbbbbbb


teruja juga mahu tunjukkan gambar gubahan bunga (tak menjadi) dan pasu yg telah dibeli di nilai 3...

eh ape motif pemilik blog ni letak gambar karpet baru beliau? walaupun takde kene mgena tetap nak letak jugak karpet baru ni untuk menunjukkan bahawa tahap keterujaan untuk memerahkan rumah telah berjaya dicapai.. sila abaikan kaki cantik nan indah serta remote astro milik pemilik karpet baru ini...

duit raya....

duit raya tidak dapat disediakan atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.. hanya sediakan untuk emak dan mentua sahaja... syukurla adik2 dan anak2 buah tak bertanyakan sangat.... uwaaaaaaaa... toyibbbbbbbbbb....

tak sampai hati nak korek tabung bagi syiling dekat anak2 buah.... hutang dulu ye...

bonus...

hait sape yg berani nak tanye pasal bonus kat saya ni (tetiba hangin)... ha ha ha... toyibbbbbbbbbbbbbbb


balik kampung........

tahun pertama raya sebagai suami isteri perjanjian serta persetujuan telah dibuat dan tahun pertama ini saya akan balik ke kampung mentua di kg rimba terjun, pontian dan raya ke 4 akan ke kampung saya di ipoh... dalam hal ni saya mengikut suami dan alhamdulillah tiada pergaduhan pinggan mangkuk melayang seperti yg biase sy dengar dari kengkawan sebelum ini... tipulah jika tidak rasa sedih kerana tidak pernah seumur hidup saya tidak beraya bersama2 mak dan family di ipoh.....nasib baik la perasaan dapat dikawal tatkala menelefon emak untuk meminta keampunan di pagi raya.. perasaan yang syahdu... tapi walaubgaimanapun kegembiraan menyambut syawal di kampung suami sedikit sebanyak melenyapkan kesedihan yang melanda diri saya di pagi raya... chewahhhhh..toyibbbbbbbbbbbbbbb..

dilorong inilah mentua sy berada....

sekian,,, inilah sahaja persiapan saya pada aidilfitri tahun ini.... tidak semeriah semasa bujang dulu.. semuanye bersederhana...tetapi alhamdulillah begitu indah. lagi2 dapat beraya bersama suami tercinta di kampung mentua..... keluarga yang besar... satu kampung pontian tu sedara.. so mmg meriah bile raya pertama smpi raya ke tiga... makan jgn ckp la... puasa turun 3 kg raya naik balik dua kali ganda... akhir sekali izinkan sy berpantun 5 kerat...

satu dua tiga
empat lima enam
saya ingat dan rasa
nak puasa enam...
tapi bilekah masanya..
toyibbbbbbbbbbbb..

-end-

Thursday, October 1, 2009

sepalit kisah seminggu sebelum syawal..

maaf entri ini agak lambat dikeluarkan... almaklum lah... saya mmang blogger bermusim..

******************************************************
semua barang telah bejaya dibeli dua minggu sebelum syawal.. kerancakan kami suami isteri berbelanja tidak perlu rasenye dimuatkan di sini...tetapi ape yg paling bermakne pabila walupun pitih (duit, wang, dollar, yen) tak berapa nampak... (entri sebelum ini perlu dirujuk...), kami suami isteri tetap singgah ke lokasi2 rentap seperti nilai 1, nilai 3, jalan pakcik rahman pun turut disinggah (dua minggu sebelum syawal tak ramai org).... ye tak lupe juga.. tempat yg tak penah nye tak de org... jeng jeng jeng ... SOGO...mata ini tipu la jika tidak berjaya merambangkan diri.. tp atas rase sedar diri sendiri semua berjaya di atasi... dan tujuan kami suami isteri ke sana kemari adalah semata2 sebiji pasu dan bunga2 an serta balang kuih raya sebagai penyeri rumah tangga....(lawak tau balang kuih raya tak dapat dicari di carrefour, giant, parkson)

****************************************************
salam...

walupun perbelanjaan telah dilakukan oleh saya dan suami telebih awal seperti butiran di atas, namun tetapi atas kehendak serta permintaan si suami yang menginginkan perkauman antara sepupu beliau tidak diabaikan dan dieratkan.. maka dengan suke hatinye kami berenam sekali lagi keluar bersama2... perkauman ini telah pun buat pertama kalinye saya rasekan semenjak tahun lepas (time masih bertunang)... ahli - ahli nye adalah seperti berikut... saya dan suami, hadi, along, riza rossi bersama2 tunang beliau....lokasi kali ini lebih bahagia berbanding kepanasan tahun lepas dilorong2 serta jalan2 pakcik rahman... tak dpat juga la saya lupe kan mase tahun lepas berapa banyak himpunan sumpahan dan juga cacian yang berjaya saya lakukan...akhir sekali ayat nye seperti berikut.. sumpah takmo da pegi jalan tar last minit.. dan sumpahan itu tidak sekali2 sy langgar apabila pergi dua minggu lebih awal ke sana pda tahun ini...(ha ha ha)..opssss... sedar tak sy sudah hampir membuang masa kamu semua membaca dengan meletak mukadimah yang begitu panjang...

ok kt sambung cerita manis sy...

setelah perjanjian dibuat dan tarikh yang dijanjikan telah tiba.. maka semua pun sepakat untuk pergi ke IOI mall puchong dari rumah saya di cheras... kami ke sana dengan dua buah kereta...alangkah bahagia apabila sampai di sana apabila mata ini dapat melihat jusco.. ho yeah... akhirnya balang kuih serta bunga2an bejaya dibeli di jusco.. (jusco the best port for your family gathering)...akhirnya dipendekkan cerita kerana mukadimah telalu panjang sebentar tadi, kami pun berpakat juga untuk bebuka puasa di IOI Mall... sume cadangan yang dikemukakan terpaksa di tolak bila mana ternampak lamb chop... har har har... hajat di hati ingin menikmati steamboat pada mula nya di tempat yang dinamakan seoul garden.. kecewa apabila dikatakan fully booked.. dan rupenye seoul garden itu bersama breeks cafe adalah restoran yang sama.. maka kami kesebelah.. ke BREEKS CAFE... nah ini lah di antara gambar2 yang berjaya di snap oleh photographer tak bertauliah...



gambar ini di ambil dari website breeks cafe.. promote tau... kasik la royalti skit...


aksi aksi seblum majlis bebuke puasa.. saya merenung masa depan...


saya perkenalkan sepupu hisham yang pertama... namenye along

sepupu hisham yang kedua.. adik kepada risa rossi... hadi... tgh tunjuk trill kacau mushroom soup sebelum bebuke.. chewah..


riza rossi bersama tunang beliau.. farzana... tgh discuss pasai tarikh kot.. ahaks..



azan berkumandang.. dan apalagi baca la doa qunut eh doa buke puase...


antara juadah2 santapan pada hari itu...


hati memang puas bile mkn kat sana... dan harga nye berbaloi dan berpatutan apabila dikongsi tong tong 6 orang.. saya suggestkan anda semua merasakan keenakan deep fried calamari ring..potato island (wallah),, tak dilupakan buffalo wings...cajun chicken chop...dan ha... maaf kan saya.. semua nye sedap2 belaka termasuk air2 dan desert yang disediakan.. maka sudikan diri ke sane merasai keenakan makanan di breeks cafe... yeeeeehaaaaaaaaaa.......
lepas makan kami pun berangkat pulang segera... dipendekkan ceritaaaa... toyibbbbbbbbbb.......


sekian inilah cerita saya...


-end-

Followers